ada tak yang sudi nak ajar kakfa secara percuma?? jom dating kat mana-mana, kita set time, perempuan ja ok.
kakfa nak share sikit 3 pantang larang dalam mencuci muka. Tips ni kakfa dapat dari ibu peri kakfa iaitu kak ony yang memang expert tentang skin.
Menurut Dr Anjali Mahto, seorang consultant dermatologist di UK, beliau menetapkan 3 pantang-larang ini dalam mencuci muka.
1. Jangan gunakan tisu mekap melainkan anda tidak mempunyai pilihan lain untuk membersihkan kulit muka. Contoh macam tertinggal pencuci muka di rumah ketika anda travel dan anda guna tisu basah saja untuk bersihkan muka.
Logiknya begini.
Apabila anda lap kulit muka dengan tisu basah untuk tanggalkan mekap, tindakan itu juga akan membuatkan anda sebarkan kotoran/mekap tanpa sengaja ke bahagian kulit yang lain pula. Jadi sebenarnya penggunaan tisu basah belum cukup. Malah jika tak dilakukan dengan sempurna, mungkin akan menyebabkan liang pori kulit anda tersumbat.
Untuk kes kecemasan, micellar water adalah pilihan terbaik.
Pergilah lari masuk Watsons kejap untuk beli micellar water..(Harap bila keluar pun dengan micellar water saja di tangan)
Pergilah lari masuk Watsons kejap untuk beli micellar water..(Harap bila keluar pun dengan micellar water saja di tangan)
2. Jangan gunakan air yang terlalu hangat atau terlalu sejuk untuk mencuci muka. Minyak pada kulit sebenarnya tidak dapat dibersihkan dengan efektif pada suhu air sejuk. Air yang terlalu hangat pula akan menyebabkan kulit kalian jadi cepat kering dan teriritasi
3. Jangan letakkan pencuci muka anda itu langsung terus ke kulit muka. Ia boleh menyebabkan sensitiviti pada sesetengah kulit. Sebaiknya.. basahkan dulu muka dengan sedikit air. Kemudian, tuang pencuci muka kalian tu ke atas tapak tangan. Campurkan dengan sedikit air untuk bagi dia jadi buih. Baru lah di gosok ke muka untuk langkah pembersihan seterusnya.
Terima kasih kepada ibu peri kakfa yang sharekan tips ni. sebenarnya kakfa sendiri pun ada masalah seperti kulit berminyak dan kombinasi, jadi pemilihan produk skin care memainkan peranan penting juga.
kredit: FB Ony Nurhusni.

